Wednesday 27 April 2011

#38 KUPASAN KARANGAN EMPAT UNSUR TEMA GEJALA PONTENG SEKOLAH

 KUPASAN KARANGAN EMPAT UNSUR TEMA GEJALA PONTENG SEKOLAH

Soalan:

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan semua pihak.
Bincangkan kesan-kesan gejala ponteng sekolah dan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut.


Pendahuluan
·         Gejala negatif yang melibatkan pembaziran masa
·         Merujuk kepada aktiviti yang boleh menyumbang kepada gejala sosial lain.
Perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianay boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat tanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.


Isi Pertama
AT :dapat memundurkan pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah.
AH :-pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam pelajaranyang diajar oleh guru dii sekolah.
       -hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidak faham mengenai pelajaran dan akhirnya tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
       -impaknya, pencapaian akademik seseorang itu akan merosot dan akhirnya menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik sekolah.
AC :
AP : sudah terang lagi bersuluh bahawa gejala ponteng sekolah dapat memundurkan pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah.
UM : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Isi Kedua
AT : AT
-          Mengakibatkan gejala sosial dan jenayah.
AH :
-          Para pelajar juga merupakan golongan remaja sememangnya berdarah muda sentiasa menginginkan hiburan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari hiburan.
-          Antaranya ponteng sekolah dan melepak dengan rakan-rakan mereka yang lain.
-          Remaja yang sering kali mengamalkan budaya ponteng sekolah akan mudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak, merokok, keruntuhan akhlak, merosakkan harta benda awam dan mencemarkan alam sekitar.
-          Kerana terpengaruh dengan rakan sebaya.
AC :
-berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak.
AP:
-Jelaslah bahawa budaya ponteng sekolah boleh menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah.
-bagai kera dapat bunga.



Isi Ketiga
AT:
Memburukan imej negara.
AH:
-mengakibatkan budaya lepak.
-kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini apabila mereka pulang ke negara mereka.
AC:
-para pelancongakan berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini.
-mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa negara kita sudah hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era keruntuhan moral.
 AP"
-  menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan remaja yang sedang melepak.


Isi Keempat
AT:
Pihak sekolah hendaklah mengenakan denda yang lebih berat kepada pelajar yang ponteng sekolah.
AH:
-pelajar pada masa kini sudah tidak berasa gerun dengan denda yang terlalu ringan yang dikenakan oleh guru kepada mereka.
-mereka menganggap denda yang dikenakan itu tidak mendatangkan kesan yang mendalam dalam diri mereka.
-hal inilah yang menyebabkan pelajar tidak mengenal erti serik dalam kehidupan mereka.
-seterusnya akan melakukan perkara yang sama dengan berterusan.
AC:
-sebagai contoh pelajar yang ponteng sekolah perlu diberi amaran gantung sekolah dan sebatan yang dapat mendatangkan kesedaran kepada diri pelajar itu sendiri.
AP:
-mereka akan serik melakukan amalan tersebut kerana takut dikenakan denda yang berat oleh pihak sekolah.


Isi Kelima
AT:
-ibu bapa haruslah menyemai nilai agama dalam diri anak-anak mereka.
-ibu bapa merupakan golongan yang paling rapat dengan para pelajar.
AH:
-apabila ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan sesuatu amalan sudah tentu anak-anak mereka akan mengikut ajaran yang telah dididik oleh ibu bapa mereka.
-pendidikan agama yang sempurna dapat mengelakkan anak mereka daripada budaya-budaya negatif seperti budaya ponteng sekolah.
-hal ini demikian kerana, agama Islam sememangnya terkenal dengan penerapan nilai-nilai dan amalan-amalan yang positif.
-bagi pelajar yang terasuh dengan didikan agama yang sempurna mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti budaya ponteng sekolah kerana mustahil bagi seorang pelajar yang berdisiplin dan beragama secara tiba-tiba melakukan perkara yang negatif.
AC: 
-menurut kenyataan  yang dikeluarkan oleh menteri pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishamuddin peranan agama juga menjadi salah satu faktor yang penting dalam mengatasi masalah ponteng sekolah yang semakin menular ini.
 AP:
-sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan ibu bapa dalam menyemai nilai agama dalam diri anak-anak dapat mengatasi masalah ponteng sekolah ini.


Penutup :
-kesimpulannya, semua pihak seharusnya bekerjasama dan berganding bahu terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa supaya budaya yang semakin menular dalam kalangan remaja ini dapat diatasi secara keseluruhannya.
-dengan membenteras budaya yang negatif ini akan terhindarlah amalan-amalan buruk yang lain. Kegagalan membenterasnya sudah tentu dapat menyumbang kepada kemerosotan pendidikan negara.

*by Adila*
Hinto wa, essei o sakusei suru.

No comments:

Post a Comment